Keluarga penyanyi Zamani (Slam) akan menguruskan kewangan artis itu selepas kurang percaya terhadap syarikat pengurusan Johan Aziz Production yang menguruskan Zamani selama 22 tahun.
Kakak penyanyi itu, Zuraidah Ibrahim berkata, syarat tersebut diberikan selepas Zamani berkeras mahu syarikat berkenaan terus menguruskan kerjayanya.
"Kalau diikutkan saya tidak setuju kerjaya dia diuruskan oleh pengurusan lamanya kerana sebelum ini banyak masalah timbul, namun saya hormati keputusan Zamani untuk menggunakan khidmat mereka lagi.
"Oleh itu kami ada sediakan perjanjian bertulis dan meletakkan beberapa syarat kepada pengurusannya terutama berkaitan akaun Zamani yang perlu diuruskan sepenuhnya oleh keluarga," ujarnya kepada mStar Online.